Bersabar merupakan ciri org2 yg mghadapi pelbagai kesusahan dgn berlapang dada, kemahuan yg kuat serta ketabahan yg besar. Justeru, kalau kita tidak bersabar...apa yg kita boleh lakukan..?? Ada ke penyelesaian lain bg sesuatu masalah selain dr bersabar..dan kalau ada apakah bentuknya?
Sbg cth, seorg pemimpin...yg sentiasa ditimpa musibah..setiap kali selesai sesuatu kesusahan...dtg pula kesusahan lain yg mengunjunginya...Wlaupun begitu, ternyata ia tetap berlindung di sebalik perisai kesabaran dan memakai perisai keyakinan kepada Allah...Begitulah kisah org mulia dan terhormat berjuang melawan setiap kesusahan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah. Bersabarlah kerana Allah. Dan sepatutnya kita bersabar ke atas sesuatu musibah sebagaimana kesabaran org yang yakin akan dtgnya kemudahan, mengetahui tempat asal yg baik, pengharap pahala dan mengingkari kejahatan. Ketahuilah, sebanyak mana pun masalah yg dihadapi, tetaplah bersabar, kerana kemenangan itu sesungguhnya dgn kesabaran, jln keluar datang bersama kesusahan. Dan dalam setiap kesusahan itu akan ada mudahnya.
Apabila sy membaca riwayat hidup para mujahid pada zaman Rasulullah sy merasa terpegun dgn besarnya kesabaran serta agungnya ketabahan mereka.. deraan musibah itu mereka anggap sbg titisan air sejuk yg memercik di kepala mereka. Mereka tidak dapat digoyahkan bagai gunung dan membenam jauh ke dalam kebenaran. Dlam waktu singkat mereka dpt melupakan semua kesedihan itu dan wajah mereka bersinar semula memancarkan cahaya kemenangan. Dan mereka dijanjikan syurga oleh Allah....Bagaimana pula dgn umat nabi muhammad pada zaman sekarang? Sebaliknya dgn manusia pd zaman sekarang yg layak tergolong dlm golongan yg bodoh dan rugi kerana mereka memandang dunia ini sebagai segala-galanya, tmpat dan matlmat akhir dari semua pengharapan. Justeru, tidak hairan kalau mereka mendapat sedikit dugaan walau senipis kulit bawang pun...mereka akan gusar, khuatir, tidak senang duduk dan sebagainya...bahkan lebih drpd itu, seolah-olah mereka tidak rela keriangan dan kegembiraan mereka didunia ini dicemari dan diusik dgn hal apa pun. Adakah golongan sebegini layak mendambakan dan mengharapkan syurga? Sedangkan golongan mujahidin dahulu hidup dlm keadaan kebuluruan, kemiskinan, didera, diseksa dan dipulaukan hanya semata-mata utk mendapat REDHA Allah serta mengharapkan syurganya....Layakkah kita utk mendapatkan syurga jika sedikit dugaan pun kita xmampu tertanggung..berjuang utk memboikot brg2 israel pun xmampu...inikan pula nak berjihad di medan perang...kerdilnya diri ini...
Ya Allah, jauhilah kami semua drpd terlalu mencintai dunia...serta ikatlah hati kami serta akhlak kami dgn kesabaran....sesungguhnya apabila adanya kesabaran..ia menyerlahkan lagi kemanisan iman.
" Orang yang paling berakal ialah orang yang sentiasa melakukan sesuatu utk akhirat dgn keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya"
La Tahzan