Thursday, April 5, 2012

I choose to feel good today



Ya Allah...
Bumi-Mu luas
Laut-Mu terbentang
Langit-Mu mencakar gah ke atas..melitupi keseluruhan bumi
Aku yakin Ya Allah
akan ada satu rezeki yang kau titipkan pada aku
cuma masanya yang belum tiba
aku harus bersabar..aku harus tabah...aku harus redha
dan aku harus BERSYUKUR
berat untuk aku harus menunggu penantian ini Ya Allah
aku takut...andai aku berputus asa pada-Mu Ya Allah
jauhilah aku dari memalingkan diriku dari Mu Ya Allah
kerana aku juga yang rugi
Selalulah bersamaku Ya Allah
semoga aku merasa kasih Ar-Rahman dan Ar Rahim dari-Mu Ya Rabb
Kurniakan aku keyakinan untuk segalanya Ya Allah
Semoga Kau Sentiasa Bersamaku





Berpeluang berjumpa dengan muslimah yang hebat dari segi ilmu, perwatakan, keteladanan dan kewarakan membuatkan aku banyak berfikir.. Syukur di Malaysia sekarang sudah banyak tokoh muslimah yang BERJAYA dalam bidang masing-masing yang boleh dicontohi oleh anak muda. Kebanyakan mereka lahir dari mereka yang berlatar belakangkan bidang perubatan... InsyaALLAH pada masa akan datang.. pasti akan ada tokoh sebegini dari bidang pendidikan pula yang boleh di contohi.
I admire Prof Muhaya so much, as well as Dr Harlina, Dr Robiah, Ustazah Zawiyah, Ustazah Bahiyah, Ummi Ross and Wardina.
Dan sekarang baru nak belajar mengenali Yasmin Mogahed.

Terima kasih ya Allah.. kerana memberi aku peluang untuk bertemu orang-orang hebat seperti ini.. walaupun aku jauh di timur..harap jarak tidak memberi masalah untuk aku gagahi pergi jika ada lagi..

Aku bakal bersabar Ya Allah... Semoga kau tentukan yang terbaik untuk aku.
Dalam waktu yang sama.. aku akan berusaha.. Man Jadda wa Jadda

p/s : Cuba jadi manusia wajib atau sunat.. yang mana kehadiran kita selalu diharapkan dan dinantikan oleh orang lain.. Jauhi jadi manusia haram atau makruh.. yang mana orang rasa kalau kita TIADA lagi bagus.. Orang rasa benci dan tidak suka pada kita... dan sedarlah wahai manusia..sebenarnya Allah juga sedang membenci kita kalau kita bersifat haram dan makruh. Berubahlah ke arah yang lebih baik.. Umur makin meningkat...pemikiran harus lebih matang dan dewasa. 
Peliharalah silaturrahim sesama manusia.. jauhi membenci..BERPRASANGKA..membuat andaian negatif pada manusia..mengumpat dan mengeji.. kerana sesungguhnya..apa yang kamu lakukan membawa cerminan kepada diri anda sendiri.

Lihat cermin sekarang.. Apa yang kamu nampak?
Diri sendirikah? atau orang lain?


Loves,
kinakira