Friday, December 2, 2011

ketandusan jiwa


Bismillah...
lately setiap kali saya bangun pagi...timbul satu perasaan..saya ingin berubah
saya nak jadi orang yang bermanfaat...
saya tau..saya bukanlah orang yang pandai menulis
sekarang ni...saya macam terpinga-pinga xtau apa yang saya tau...
xtau saya expertise dalam bidang apa
yang pasti
menulis pun x, memasak pun x...mengeluarkan idea pun so so aje...bersuara pun xpandai sangat...melakar pun ntah kemana-mana lakaran aku
dan suatu hari di pagi rabu...tiba-tiba terkol radio ikim
semata-mata nak sangat bercakap dgn idola saya
"Dr Muhaya"...
jadi saya tertanya beliau...mcm mana nak memanfaatkan blog dari bercakap merapu meraban...
beliau menjawab.."Di blog..jangan cuba bagitahu kepada orang apa yang diri kita ada...kita cuba bagi manfaat kepada orang melalui penulisan kita....melalui penerapan nilai-nilai yang baik untuk dikongsi pada orang lain"
beliau tambah lagi..."cuba tengok balik...dalam blog kita tue..apa yang kita tulis..dan cuba kita nilaikan..apa yang kita tulis tue dapat pahala ke atau dapat dosa semata-mata...."
Memang..bila lihat balik..saya pun xtau...apa purpose semua ni...mungkin ini gara-gara kebosanan yang melanda...Maaf kepada pembaca...kalau tulisan saya yang langsung xbest sebelum ni...menunjukkan tanda-tanda saya riak atau sebagainya...Maaf....
Saya sedar...saya seorang manusia yang sangat jauh lagi perjalanannya menuju kesempurnaan sebagai Muslim
Doa saya..semoga selepas ini...saya berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan BEBAS DARIPADA CUBA MERAIH PENGHARGAAN MANUSIA..


Hati perlu kuat..Jauhi segala ralat!

Untuk itu, saya nak kongsikan..makanan jiwa saya...yang da banyak mengenyangkan jiwa saya yang dahulu sangat laparkan makanan-makanan rohani seperti ini...anda mampu mengubah..jika ingin berubah...


Kepada wanita-wanita cantik diluar sana....kurang-kurangkanlah mengambil gambar sendiri...dan menayangkannya di merata-rata tempat di internet...tidak cukupkah pujian rakan-rakan sekeliling anda yang memang benar-benar mengenali diri anda? Tidak perlulah begitu tamakkan pujian manusia diluar...sebab sememangnya Allah menciptakan kita itu cantik...memang ia tidak dinafikan lagi...sebab Allah itu sendiri lagi Maha Cantik dan sukakan sesuatu yang cantik. Akhir kata..jauhi saham dosa....cari saham akhirat. 
Pesanan untuk diri sendiri...dan rakan-rakan pembaca sekalian.
Wallahualam.

ilalliqa`